Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Catatan Umrah dan Haji

Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tiada terhingga, mengizinkan aku pergi umrah dan haji secara berasingan. Umrah tahun 2013 dan haji tahun 2015. Kelebihan pergi umrah sebelum haji ada banyak. Antara pengalaman baiknya ialah semasa nak pergi haji tu: 1. Kita  tahu apa barang yang perlu dibawa ke tanah suci (jumlah pakaian, peralatan sokongan seperti perkakas elektrik yg sesuai dgn plug di sana, ubat2an, dokumen2 termasuk kitab2 wirid dan doa, bekas makanan dan minuman, sudu garfu) 2.  Kita tidak merasa risau tentang kedudukan kita di hotel2 di Madinah dan Mekah kerana sudah merasa yakin kita tahu di mana letaknya Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. 3. Kita sudah melihat Arafah, Mina dan Muzdalifah. Bahkan kita telahpun memanjat Jabal Rahmah dan Jabal Nur semasa membuat umrah. 4. Jika pergi dgn pakej swasta, kita faham apa yang mereka tawarkan khususnya tentang jarak hotel dengan Masjidil Haram. Jika dekat, kita boleh solat jemaah setiap waktu. Bagi yang hotelnya j...

TAJWID: Mempelajarinya Fardhu Kifayah. Beramal dengannya Fardhu Ain

Kita dituntut mempelajari tajwid kerana membaca alquran dengan tajwid yang betul adalah fardu ain (berat ke arah wajib). Tanpa ilmu tajwid anda tidak akan tahu bila mana nak baca secara jelas (izhar), secara dengung (ghunnah), secara gharib (pelik), secara ikhfak (sembunyi), secara iqlab (ganti), secara nun kecil (nun wiqoyah). Anda juga mungkin tidak tahu tempat2 dalam alquran yang perlu memuncungkan bibir sewaktu membacanya seperti bacaan imalah, tashil dan sebagainya. Definisi tajwid secara Bahasa: Memperelokkan sesuatu. Definisi tajwid secara istilah: Mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya serta diberikan hak (sifat asli yang ada pada huruf) dan mustahak (sifat mendatang pada huruf). Dalil yang menuntut agar al-Quran dibaca secara bertajwid: Firman Allah dalam surah Al-Muzzammil: ayat 4: ورتل القران ترتيلا "Bacalah akan al-Quran secara tartil (tajwid)" Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah: إن الله  يحب أن يقرأ  القرآن  غ...