Skip to main content

Catatan Umrah dan Haji

Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tiada terhingga, mengizinkan aku pergi umrah dan haji secara berasingan. Umrah tahun 2013 dan haji tahun 2015.

Kelebihan pergi umrah sebelum haji ada banyak. Antara pengalaman baiknya ialah semasa nak pergi haji tu:

1. Kita  tahu apa barang yang perlu dibawa ke tanah suci (jumlah pakaian, peralatan sokongan seperti perkakas elektrik yg sesuai dgn plug di sana, ubat2an, dokumen2 termasuk kitab2 wirid dan doa, bekas makanan dan minuman, sudu garfu)

2.  Kita tidak merasa risau tentang kedudukan kita di hotel2 di Madinah dan Mekah kerana sudah merasa yakin kita tahu di mana letaknya Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

3. Kita sudah melihat Arafah, Mina dan Muzdalifah. Bahkan kita telahpun memanjat Jabal Rahmah dan Jabal Nur semasa membuat umrah.

4. Jika pergi dgn pakej swasta, kita faham apa yang mereka tawarkan khususnya tentang jarak hotel dengan Masjidil Haram. Jika dekat, kita boleh solat jemaah setiap waktu. Bagi yang hotelnya jauh mereka hanya solat di masjid pada subuh, maghrib dan isyak sahaja.

5. Kita telah berkursus umrah. Maka apabila hadir ke kursus haji kita jadi mudah faham apa yang diperkatakan oleh penceramah. Maka apabila kita membuat haji, kita akan membuatnya dgn lebih tepat dan yakin.

6. Selepas balik umrah, kita merasa rindu nak pergi semula. Oleh itu apabila mendapat tawaran haji selepas umrah, kita rasa amat teruja dan bersemangat untuk pergi. Membuat haji perlukan semangat yang tinggi kerana kita terpaksa banyak berjalan dan kurang tidur. Kita akan membuat persediaan fizikal dan mental sebelum pergi haji.

Aku pergi umrah dengan pihak Andalusia. Semasa meneliti tawaran mereka, aku melihat aku mampu ambil pekej berdua. Beza hanya rm800 seorang. Kalau pekej sebilik berempat ialah RM6480 maka sebilik berdua ialah RM7280.  Jadi aku membayar RM14,560 untuk aku dan isteri.

Kelebihan duduk berdua  dgn isteri memang banyak. Masalah utama bila duduk ramai2 ialah disiplin diri dan kehendak diri yang tidak kesampaian. Kalau duduk ramai kita tak boleh sidai kain dan tuala sesuka hati. Tidak boleh bising sesuka hati, tidak boleh kawal aircond ikut citarasa kita. Kita sejuk, kawan kita panas. Banyak yang kena jaga hati dan perasaan orang.

Duduk berdua dengan isteri, ikut suka masing2 lah. Tak berbaju dalam bilikpun tak la segan sangat. Katilmu katilku tak kemaspun tak Kisah. Tak sakit matapun.

So aku ambil pekej berdua sebilik.

Tarikh yang kupilih ialah sebulan ke depan, so sempatlah aku suami isteri hadir beberapa sesi kursus umrah yang disediakan oleh pihak Andalusia di pejabat mereka. Kursus umrah ringkas sahaja iaitu mengetahui Perkara yg rukun dan wajib bagi tawaf, sa`ei dan tahlul.

Persediaan lain ialah membuat suntikan Menenggitis di klinik swasta (rm140). Membuat passport baru (rm300). Membeli kain ihram tambahan, talipinggang haji, alat2 keperluan yang berkenaan.

Pihak Andalusia menyediakan 2 helai kain ihram, satu beg besar, satu beg sedang dan satu beg kecil.

Memandangkan isteri masih bekerja pada waktu itu (aku dan pencen), maka dia perlu isi borang kebenaran keluar negara di pejabatnya.

Pihak Andalusia akan menguruskan visa. Jadi serahkan pasport dan gambar utk visa (gambarnya besar sikit drpd gambar passport) kepada mereka. Passport dan visa akan diberikan semula kepada kita semasa di airport kelak.

Bayaran penuh juga perlu diserahkan 3 minggu sebelum terbang.

Sampai pada tarikh yang ditetapkan, setelah mendapat informasi mengenai jadual terbang dan jadual lain-lain, maka aku dan isteri pergi ke airport LCCT  sendirian. Ini kerana peserta umrah dari Kuantan pada tarikh itu hanya kami berdua. Selebihnya dari tempat lain di Malaysia. Ada seramai 100 lebih peserta yg pergi bersamaku dalam rombongan Andalusia itu. Dari Kuantan anak aku hantar ke Bandar Baru Bangi, tidur di hotel satu malam. Esoknya pagi pagi dia hantar ke LCCT. Walaupun terbang jam 230 petang, tapi Andalusia arahkan kami berkumpul untuk taklimat seawal jam 930 pagi.

KAmi naik Air Asia selama 10 jam, dan landing di Jeddah jam 800 malam. (Waktu haji kami naik Saudi Air 8 jam aje). Seperti biasa urusan imigrasi Arab memang lama. 3 jam baru boleh keluar dari airport untuk naik bas ke Madinah. Sebab tu kami berpakaian biasa sahaja kerana terus pergi Madinah. Kalau terus pergi Mekah, kami perlu pakai ihram semasa di LCCT dan berniat di Qarnul Manazil (di atas awan).

Jeddah Madinah amik masa 3-4 jam juga. Checkin hotel Madinah jam 1.00 pg. Mutawif pesan jangan tidur sbb jam 230pg dah nak pergi ke Masjid Nabawi untuk qiamullail dan solat subuh. Waktu subuh kul 430 pg.

Di Madinah masjid dekat sangat so xde masalah untuk solat 5 waktu. Apatah lagi masa balik dari masjid ada jualan lambung kain baju 10 riyal. Tak terasa penatnya.

Selama 6 hari di Madinah, sempatlah pergi Masjid Quba, Bukit Uhud, Ladang khurma, PAsar Khurma, Kilang Cetak Alquran.

Semasa hari nak bergerak ke Mekah, kami singgah di Masjid Bir Ali untuk memakai ihram dan berniat Umrah.

KAmi tiba di Mekah jam 1200malam. Selepas checkin hotel mutawif arahkan berehat 1 jam. Selepas itu kami ke Masjidil Haram untuk membuat tawaf dan sàei umrah wajib. Umrah pada pertama kali dipanggil Umrah Wajib.

Di Mekah hotel kami sejauh 650meter dari Kaabah. So takde masalah untuk solat 5 waktu di depan kaabah.

Sepanjang 6 hari di Mekah, pihak Andalusia memberi kami peluang membuat umrah sunah sebanyak 4 kali (mereka uruskan bas dan sediakan mutawif). Ada juga orang yang pergi buat umrah sendiri selalin yg disediakan itu maka kena bayar sendiri teksi pergi dan balik ke miqad umrah iaitu Di Tanàim atau Hudaibiyyah.

Perkara lain yang perlu diketahui dan dilakukan ialah solat dalam kapalterbang. Semua ini telah diberi maklum di dalam kursus yang mereka berikan.

Kesimpulan Berumrah Dgn Pakej:

Segala-galanya mereka uruskan dgn izin Allah. Memang berbaloi bayaran yang dikenakan. Xde masalah langsung semasa di bawah pengurusan mereka. Apa yang mereka sebut di dalam tawaran, yang itulah yang kita dapat.

IBADAH HAJI DENGAN RAYHAR

Aku memilih Rayhar untuk pergi haji kerana pada pihak Rayhar menawarkan khidmat rayuan ke tabung haji. Sebelum ini aku sepatutnya pergi haji tahun 2018. Tapi aku merayu sendiri kat tabung haji dgn cara tulis surat dan poskan ke TH KL. Mereka jawab standard, bahawa jika ada kekosongan tuan akan ditawarkan. 2 kali aku buat rayuan sendiri, hanya dapat jawapan yg sama. Kali seterusnya aku pergi kpd Rayhar, dan mereka buatkan surat rayuan, aku tandatangan je. Mereka hantar rayuan ke TH KL.

Pada awalnya memang nama x naik untuk pergi haji tahun 2015. Namun lagi seminggu nak wukuf, Rayhar telefon tuan ditawarkan. Nak pergi ke x? Kalau nak pergi, sila respon kat TH Kuantan segera. Lepas tu buat gambar untuk Visa, renew passport, cucuk menenggitis, buat bayaran Rm27000 seorang bla..bla...bla... selebihnya mereka akan uruskan.

Wow...! Ada kawan jemaah masjid dapat tawaran itu tapi terpaksa tolak kerana tak sempat nak urus anak-anak yg bakal ditinggalkan. Aku nasib baik anak2 dah kerja semua. Jadi bergegaslah kami ke sana kemari untuk siapkan dokumen dan perkara-perkara yang lain.

Nasib baik dah ada pengalaman umrah, maka semua urusan Utk pergi haji ni dapat disiapkan dalam masa 3-4 hari. Itupun aku maklum kat sedara mara guna fesbuk je. Jiran kelilingpun terkejut.

Pergi haji ni Rayhar urus flight dari Kuantan-KLIA-Jeddah. Dari Jeddah naik bas ke Mekah. So subuh hari nak pergi tu semua anak ada balik. Mereka hantar kami ke airpot Kuantan. Tiba di KLIA 830 pagi. Taklimat 230 ptg, terbang lepas magrib (solat magrib jamak kat airpot). Begitu lama duduk kat airpot KLIA. Sempat le mana kawan yang tahu tu, datang jumpa sekejap.

Sebelum terbang kami kena pakai ihram sbb terus masuk Mekah nanti. Itulah pertama kali aku naik kapalterbang tanpa seluar dalam. Phew...

Sebenarnya sehingga tiba di KLIA pagi tu, kami tak tahu lagi nasib kami kerana visa masih belum clear. Kalau lah kata tak lulus, malunya kena balik Kuantan semula. Alhamdulillah, masa taklimat jam 230 petang itu RAyhar serah passport dan visa kepada kami. Dapatlah kami pergi haji. Syukurnya.

Tahun 2015 adalah tahun tragedi. Berlaku rempuhan di Mina dan kren tumbang di Masjidil Haram. Kami tiba di Mekah waktu subuh. Jalan jem. Tiba di hotel subuh dekat nak habis. Cepat2 kami solat subuh, sarapan dan bersedia untuk membuat tawaf kudum dan sa`ei haji. Kami berniat haji ifrad kerana hari wukuf dah dekat sangat. Selama 4 hari kami berihram (berpantang 13 perkara) dan tak perlu bayar dam haji sebagaimana orang yang buat haji tamatuk. Tapi banyak juga Aku bayar dam ihram kerana rambut gugur dalam masa 4 hari tu.

Jalanraya untuk ke Arafah clear tapi jalanraya untuk ke Mina banyak ditutup disebabkan tragedi berhimpit himpit tu. Kami terpaksa berjalan kaki mengheret beg besar sejauh 3-4 km untuk sampai ke tapak khemah kami di Mina.

Di Arafah,tapak perkhemahan Rayhar agak mewah. Ada tilam dan kipas besar yang meniup angin sejuk di dalam khemah. Ada peti sejuk yang berisi air tin, air botol, manis dan tawar. Boleh amik bila2 masa sahaja. Ada 10 tandas untuk 400 orang dlm kawasan perkhemahan (ada grup indonesia juga dalam tapak ni). Tapak ni muassasah yang punya. Jadi ikut suka dia lah nak letak sapa-sapa dalam kawasan ni. Tapi kami tak sempat nak sembangpun dengan bapak2 indon tu. Angguk2 kepala aje.

Zohor esoknya baru wukuf. Kami dah sampai 10 jam awal. SO rehat aje lah sebab lepas zohor hingga magrib esok nak pulun beribadah.

Masuk waktu wukuf zohor tersebut, ustaz2 Rayhar beri khutbah dan tazkirah. Ramai yang melolong termasuk aku. Insaf betul rasanya. Ustaz2 pimpin kami baca zikir sampai asar. Selepas asar aku cari bukit berhampiran, duduk sorang2 jauh dari rakan dan buka buku. Dalam buku itu ada senarai orang yang kirim doa. Aku berdoalah, sebut nama mereka satu persatu. Lepas tu berdoa untuk diri, melolong lagi (takde la menjeritpun tapi air mata amat deras keluar). Perasaan itu tak jumpa dah bila balik Malaysia).

Lepas magrib kami berkemas naik bas untuk duduk sekejap di Muzdalifah sehingga tengah malam. Syarat mabit di Muzdalifah ialah sesaat sahaja selepas tghmalam. Kebiasaan pihak pekej swasta, selepas mabit di Muzdalifah mereka bawa kami balik ke Mekah untuk Tawaf Haji dan bertahlul. Dengan itu kami tidak akan memakai ihram haji lagi. Dah boleh pakai baju biasa apabila pergi ke Mina kelak. Orang pekej TH, dari MUzdalifah mereka terus pergi Mina. Esoknya lepas subuh pergi lontar jamrah Akobah dan tahlul, baru terlepas ihram. Tapi kami sebelum subuh tu dah melepaskan ihram.

Kami tidur di Mekah selepas tahlul. Subuh esoknya kami solat subuh dan solat raya di masjidil haram. Lepas asar baru kami bertolak ke Mina. Itu yang kena naik bas sekejap, lepas tu turun dan heret beg sejauh 3-4 km. Huuu.. sampai di khemah kami apa lagi. Lepak sesungguhnya.

Kami duduk di Mina sampai hari tasyrik ke 13 (maksima). Ada je orang yang nafar awal atau keluar dari mina pada hari ke 12 kerana  penerbangan pulang ke Malaysia dah menanti. Semuanya dah disusun di Mina. Kami tak boleh pergi melontar sesuka hati. Ada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak muassasah. Khemah kami dekat je dengan jamrah. 700 meter lebih kurang berbanding jemaah TH yang berada 2-3 km dari jamrah.

Kata orang masa kami buat haji ni, Nabil si artis tu buat juga. Tapi tak jumpa pun. Dengarnya dia duduk hotel yang lebih mewah dan lebih dekat dgn kaabah dan jamrah.
Tak kisahlah tu. Rezeki masing-masing lah kan.

Kami duduk kat Mekah lagi selepas haji, sehinggalah lagi seminggu nak balik baru kami pergi Madinah. Masa nak bertolak Ke Madinah tu, aku kena buat tawaf widak. Aku perasan kalau nak cium hajarulaswad masih berebut2 lagi. Tapi bila dah duduk Madinah dua hari, aku tengok kat TV arab, orang senang2 je pergi cium hajarulaswad.  Kalu kami pergi lewat 2 hari ke Madinah, mungkin sempat aku kucup batu itu. Hadus.. xde rezeki.

Di Madinah, pengalaman umrah berulang. Jadi xde masalah sangat. Ikut aje apa yang telah mereka aturkan sehinggalah tarikh pulangpun tiba.

Nak balik tu, macam biasa kat airpot kau akan alami staf arab yang malas nak layan kami ni. Tukang cek dan cop passpot sorang berbanding kami yang beratus ni. 2 jam berdiri utk beratur, baru paspot clear. Lepas tu berejam pulak tunggu nak masuk ke kapalterbang.

Pendek cerita, kami tiba di KLIA pagi. Tapi nak nyambung ke Kuantan malam. So lepak pulak kat KLIA seharian. Sabo je.

Malam tu kami tiba di Kuantan. Anak datang amik. Batuk kami masih tak susut. Kami bagitau sedara mara minta jgn ziarah dulu, kami x larat. Lepas 3 minggu baru lah kami jemput mereka datang.

Kesimpulan:

Visa Tambahan untuk pergi haji diberi oleh kerajaan Arab kepada kerajaan Malaysia dlm tempoh yang amat singkat. TH sendiri tak sanggup menguruskan hal pemergian calon2 haji. Mereka hanya keluarkan surat tawaran dan selebihnya mereka serahkan kepada pekej swasta. So, jika engkau pernah merayu melalui pekej swasta, pada waktu itulah nama kau naik. Maka bersedialah.

Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat.



Comments

Popular posts from this blog

Rezeki dan ajal

*KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJALPUN TIBA* (rugi kalau tidak baca sampai selesai) Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur! Kaum muslimin akan melaksanakan kewajipan mereka: *1. Memandikan mu *2. Mengkafani mu *3. Menyolati mu *4. Menguburkan mu Yakinlah bahawa: *Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu *Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu *Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu. *Perekonomian akan terus berputar. *Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain *Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris. *Sementara ​Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu hingga perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil. *Yang pertama lepas dari mu, adalah namamu.. *Saat Anda meninggal dunia: Orang2 bertanya : ​​Dimana MAYATnya?​​* *Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu.. Namamu tinggal kenangan belaka *Ketika mereka akan mensholati, mereka bilang : ​​Bawa sini JENAZAHnya!​​ ...

TAJWID: Mempelajarinya Fardhu Kifayah. Beramal dengannya Fardhu Ain

Kita dituntut mempelajari tajwid kerana membaca alquran dengan tajwid yang betul adalah fardu ain (berat ke arah wajib). Tanpa ilmu tajwid anda tidak akan tahu bila mana nak baca secara jelas (izhar), secara dengung (ghunnah), secara gharib (pelik), secara ikhfak (sembunyi), secara iqlab (ganti), secara nun kecil (nun wiqoyah). Anda juga mungkin tidak tahu tempat2 dalam alquran yang perlu memuncungkan bibir sewaktu membacanya seperti bacaan imalah, tashil dan sebagainya. Definisi tajwid secara Bahasa: Memperelokkan sesuatu. Definisi tajwid secara istilah: Mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya serta diberikan hak (sifat asli yang ada pada huruf) dan mustahak (sifat mendatang pada huruf). Dalil yang menuntut agar al-Quran dibaca secara bertajwid: Firman Allah dalam surah Al-Muzzammil: ayat 4: ورتل القران ترتيلا "Bacalah akan al-Quran secara tartil (tajwid)" Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah: إن الله  يحب أن يقرأ  القرآن  غ...