Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Catatan Umrah dan Haji

Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tiada terhingga, mengizinkan aku pergi umrah dan haji secara berasingan. Umrah tahun 2013 dan haji tahun 2015. Kelebihan pergi umrah sebelum haji ada banyak. Antara pengalaman baiknya ialah semasa nak pergi haji tu: 1. Kita  tahu apa barang yang perlu dibawa ke tanah suci (jumlah pakaian, peralatan sokongan seperti perkakas elektrik yg sesuai dgn plug di sana, ubat2an, dokumen2 termasuk kitab2 wirid dan doa, bekas makanan dan minuman, sudu garfu) 2.  Kita tidak merasa risau tentang kedudukan kita di hotel2 di Madinah dan Mekah kerana sudah merasa yakin kita tahu di mana letaknya Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. 3. Kita sudah melihat Arafah, Mina dan Muzdalifah. Bahkan kita telahpun memanjat Jabal Rahmah dan Jabal Nur semasa membuat umrah. 4. Jika pergi dgn pakej swasta, kita faham apa yang mereka tawarkan khususnya tentang jarak hotel dengan Masjidil Haram. Jika dekat, kita boleh solat jemaah setiap waktu. Bagi yang hotelnya j...

TAJWID: Mempelajarinya Fardhu Kifayah. Beramal dengannya Fardhu Ain

Kita dituntut mempelajari tajwid kerana membaca alquran dengan tajwid yang betul adalah fardu ain (berat ke arah wajib). Tanpa ilmu tajwid anda tidak akan tahu bila mana nak baca secara jelas (izhar), secara dengung (ghunnah), secara gharib (pelik), secara ikhfak (sembunyi), secara iqlab (ganti), secara nun kecil (nun wiqoyah). Anda juga mungkin tidak tahu tempat2 dalam alquran yang perlu memuncungkan bibir sewaktu membacanya seperti bacaan imalah, tashil dan sebagainya. Definisi tajwid secara Bahasa: Memperelokkan sesuatu. Definisi tajwid secara istilah: Mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya serta diberikan hak (sifat asli yang ada pada huruf) dan mustahak (sifat mendatang pada huruf). Dalil yang menuntut agar al-Quran dibaca secara bertajwid: Firman Allah dalam surah Al-Muzzammil: ayat 4: ورتل القران ترتيلا "Bacalah akan al-Quran secara tartil (tajwid)" Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah: إن الله  يحب أن يقرأ  القرآن  غ...

BAHASA ALQURAN : Mencari Kata Dasar / Root Word

Sesuatu perkataan secara amnya bermula dari satu kata dasar. Perkataan itu kemudiannya diberi penambahan di depan dan dibelakang lalu menjadi kata nama, kata kerja, kata sifat, kata sendi, kata kala lampau, kata kala depan, kata bangun membuat, kata bangun kena buat dan macam macam lagi. Dalam Bahasa Melayu, perkataan berikut dasarnya adalah MAKAN ( dieja sbg M-A-K-A-N) Makanan Permakanan Memakan Dimakan Termakan Begitu juga  kita boleh memahami sesuatu perkataan ARAB jika kita tahu dan kenal kata dasarnya. Sebagai contoh, perkataan arab yg dasarnya Ha, Mim, Dal ( ح، م، د ) bermaksud puji, punyai banyak bentuk seperti: alhamdu (segala puji) hamidun hamdan hamidan, alhamid (Maha Terpuji) Mahmud yahmadu Sebuah laman web Alquran Per Kata yang membantu kita mencari kata dasar sesuatu perkataan di dalam alquran ialah: http://quran.javakedaton.com/ Masukkan perkataan TURUN dalam ruangan disediakan, kemudian tekan butang Cari. ...

ALQURAN PERKATA SECARA ONLINE

Marilah kita mentadabbur Alquran. Alquranlah teman kita di dalam kubur nanti. Ia jadi tukang jawab kepada semua soalan malaikat. Setiap huruf berpahala bila dilihat atau dibaca. Teknologi masakini banyak membantu. Alquran sudah berada di hujung jari. Saya ingin berkongsi sebuah laman web Alquran yang mempunyai ciri PERKATA. Ia juga ada terjemahan dan ada bacaan qari. Pendek kata semua yang diperlukan untuk memahami ayat alquran terdapat pada laman web ini. Laman web tersebut ialah: http://server.mansaba.sch.id/quran/ Klik Menu DAFTAR SURAT Klik Surah Yusuf Untuk mendengar bacaan, klik pada TULISAN HIJAU. Komputer akan download sekejap dan selepas itu akan kedengaran bacaan qari. Untuk melihat makna PERKATA atau Harfiah, klik mana-mana perkataan Arabic, maka akan terpapar makna bagi perkataan tersebut.

ALQURAN ANDROID 4 IN 1 (Mushaf, bacaan, carian, tafsir)

Ada banyak aplikasi Alquran untk android di Playstore. Namun saya ingin kongsikan satu aplikasi Alquran yang ada kemudahan carian menggunakan huruf jawi. Sebelum itu jawi hendaklah diinstall ke dalam android anda iaitu: Install Keyboard Jawi Pada Android Phone 1. Download melayukeyboard_1_0.apk (cari dalam google) 2. Download JawiUKM.apk (cari dalam playstore) Setelah download dan install, keyboard jawi sudah ada dalam memori. Sewaktu hendak menaip (sewaktu papan kekunci dipaparkan) pastikan ada ikon untuk memilih keyboard (biasanya ada ikon keyboard di sebelah kanan skrin, sebelah bawah. Klik ikon keyboard tersebut dan keluarlah pilihan beberapa keyboard. Pilihlah keyboard UKM atau keyboard Melayu). اين اداله ڤاڤن ککونچي ukm. Download Aplikasi AlQuran dari playstore keluaran Quran.com berupa spt ini: Setelah Berjaya di install, klik OPEN . Akan dapat gambar ini: (DALAM MENGKLIK, KADANG2 APLIKASI MOHON UNTUK DOWNLOAD CONTENT BAGI MENU YG KITA KLI...