Skip to main content

ALQURAN PERKATA SECARA ONLINE

Marilah kita mentadabbur Alquran. Alquranlah teman kita di dalam kubur nanti. Ia jadi tukang jawab kepada semua soalan malaikat. Setiap huruf berpahala bila dilihat atau dibaca.

Teknologi masakini banyak membantu. Alquran sudah berada di hujung jari.

Saya ingin berkongsi sebuah laman web Alquran yang mempunyai ciri PERKATA. Ia juga ada terjemahan dan ada bacaan qari. Pendek kata semua yang diperlukan untuk memahami ayat alquran terdapat pada laman web ini.

Laman web tersebut ialah:

http://server.mansaba.sch.id/quran/


Klik Menu DAFTAR SURAT


Klik Surah Yusuf


Untuk mendengar bacaan, klik pada TULISAN HIJAU. Komputer akan download sekejap dan selepas itu akan kedengaran bacaan qari.


Untuk melihat makna PERKATA atau Harfiah, klik mana-mana perkataan Arabic, maka akan terpapar makna bagi perkataan tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Umrah dan Haji

Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tiada terhingga, mengizinkan aku pergi umrah dan haji secara berasingan. Umrah tahun 2013 dan haji tahun 2015. Kelebihan pergi umrah sebelum haji ada banyak. Antara pengalaman baiknya ialah semasa nak pergi haji tu: 1. Kita  tahu apa barang yang perlu dibawa ke tanah suci (jumlah pakaian, peralatan sokongan seperti perkakas elektrik yg sesuai dgn plug di sana, ubat2an, dokumen2 termasuk kitab2 wirid dan doa, bekas makanan dan minuman, sudu garfu) 2.  Kita tidak merasa risau tentang kedudukan kita di hotel2 di Madinah dan Mekah kerana sudah merasa yakin kita tahu di mana letaknya Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. 3. Kita sudah melihat Arafah, Mina dan Muzdalifah. Bahkan kita telahpun memanjat Jabal Rahmah dan Jabal Nur semasa membuat umrah. 4. Jika pergi dgn pakej swasta, kita faham apa yang mereka tawarkan khususnya tentang jarak hotel dengan Masjidil Haram. Jika dekat, kita boleh solat jemaah setiap waktu. Bagi yang hotelnya j...

Rezeki dan ajal

*KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJALPUN TIBA* (rugi kalau tidak baca sampai selesai) Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur! Kaum muslimin akan melaksanakan kewajipan mereka: *1. Memandikan mu *2. Mengkafani mu *3. Menyolati mu *4. Menguburkan mu Yakinlah bahawa: *Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu *Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu *Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu. *Perekonomian akan terus berputar. *Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain *Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris. *Sementara ​Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu hingga perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil. *Yang pertama lepas dari mu, adalah namamu.. *Saat Anda meninggal dunia: Orang2 bertanya : ​​Dimana MAYATnya?​​* *Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu.. Namamu tinggal kenangan belaka *Ketika mereka akan mensholati, mereka bilang : ​​Bawa sini JENAZAHnya!​​ ...

Tips Menghafal Alquran

Lain tok guru lain kaedah mereka dalam menghafal alquran. Pernah seorang bilal ambil masa 5 tahun untuk menghafal alquran. Yang penting ada azam untuk melakukannya. Bagaimanapun aku masih belum mencubanya. Aku hanya ingin mengongsikan apa yang tok guruku kongsikan kaedah yang dia lakukan. Alhamdulillah dia kini adalah seorang alhafiz alquran. TIPS: Lakukan terhadap setiap muka surat. Selesaikan mukasurat pertama dengan menggunakan kaedah ini kemudian barulah bergerak ke muka surat kedua. 1. Sahkan bacaan mukasurat tersebut di hadapan seseorang yang mahir alquran. Betulkan tajwid, makhraj dan sifat huruf. 2. Lancarkan bacaan dengan melihat mushaf selama 1 jam supaya terbayang isi kandungannya di ruang mata apabila nak menghafalnya kelak. 3. Mula menghafal ayat demi ayat. Setiap ayat dibaca 40 kali dengan melihat mushaf. 4. Hafal tanpa mushaf ayat pertama 40 kali. Selepas itu gabungkan dengan ayat kedua 40 kali. Kemudian gabungkan dengan ayat ketiga 40 kali begitulah seteru...