Skip to main content

Tips Menghafal Alquran

Lain tok guru lain kaedah mereka dalam menghafal alquran. Pernah seorang bilal ambil masa 5 tahun untuk menghafal alquran. Yang penting ada azam untuk melakukannya.

Bagaimanapun aku masih belum mencubanya. Aku hanya ingin mengongsikan apa yang tok guruku kongsikan kaedah yang dia lakukan. Alhamdulillah dia kini adalah seorang alhafiz alquran.

TIPS:

Lakukan terhadap setiap muka surat. Selesaikan mukasurat pertama dengan menggunakan kaedah ini kemudian barulah bergerak ke muka surat kedua.

1. Sahkan bacaan mukasurat tersebut di hadapan seseorang yang mahir alquran. Betulkan tajwid, makhraj dan sifat huruf.

2. Lancarkan bacaan dengan melihat mushaf selama 1 jam supaya terbayang isi kandungannya di ruang mata apabila nak menghafalnya kelak.

3. Mula menghafal ayat demi ayat. Setiap ayat dibaca 40 kali dengan melihat mushaf.

4. Hafal tanpa mushaf ayat pertama 40 kali. Selepas itu gabungkan dengan ayat kedua 40 kali. Kemudian gabungkan dengan ayat ketiga 40 kali begitulah seterusnya sehingga habis mukasurat pertama.

5. Ulang kaedah di atas untuk mukasurat kedua, ketiga seterusnya sehingga khatam alquran.

Comments

Popular posts from this blog

ALQURAN ANDROID 4 IN 1 (Mushaf, bacaan, carian, tafsir)

Ada banyak aplikasi Alquran untk android di Playstore. Namun saya ingin kongsikan satu aplikasi Alquran yang ada kemudahan carian menggunakan huruf jawi. Sebelum itu jawi hendaklah diinstall ke dalam android anda iaitu: Install Keyboard Jawi Pada Android Phone 1. Download melayukeyboard_1_0.apk (cari dalam google) 2. Download JawiUKM.apk (cari dalam playstore) Setelah download dan install, keyboard jawi sudah ada dalam memori. Sewaktu hendak menaip (sewaktu papan kekunci dipaparkan) pastikan ada ikon untuk memilih keyboard (biasanya ada ikon keyboard di sebelah kanan skrin, sebelah bawah. Klik ikon keyboard tersebut dan keluarlah pilihan beberapa keyboard. Pilihlah keyboard UKM atau keyboard Melayu). اين اداله ڤاڤن ککونچي ukm. Download Aplikasi AlQuran dari playstore keluaran Quran.com berupa spt ini: Setelah Berjaya di install, klik OPEN . Akan dapat gambar ini: (DALAM MENGKLIK, KADANG2 APLIKASI MOHON UNTUK DOWNLOAD CONTENT BAGI MENU YG KITA KLI...

Catatan Umrah dan Haji

Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tiada terhingga, mengizinkan aku pergi umrah dan haji secara berasingan. Umrah tahun 2013 dan haji tahun 2015. Kelebihan pergi umrah sebelum haji ada banyak. Antara pengalaman baiknya ialah semasa nak pergi haji tu: 1. Kita  tahu apa barang yang perlu dibawa ke tanah suci (jumlah pakaian, peralatan sokongan seperti perkakas elektrik yg sesuai dgn plug di sana, ubat2an, dokumen2 termasuk kitab2 wirid dan doa, bekas makanan dan minuman, sudu garfu) 2.  Kita tidak merasa risau tentang kedudukan kita di hotel2 di Madinah dan Mekah kerana sudah merasa yakin kita tahu di mana letaknya Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. 3. Kita sudah melihat Arafah, Mina dan Muzdalifah. Bahkan kita telahpun memanjat Jabal Rahmah dan Jabal Nur semasa membuat umrah. 4. Jika pergi dgn pakej swasta, kita faham apa yang mereka tawarkan khususnya tentang jarak hotel dengan Masjidil Haram. Jika dekat, kita boleh solat jemaah setiap waktu. Bagi yang hotelnya j...

Rezeki dan ajal

*KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJALPUN TIBA* (rugi kalau tidak baca sampai selesai) Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur! Kaum muslimin akan melaksanakan kewajipan mereka: *1. Memandikan mu *2. Mengkafani mu *3. Menyolati mu *4. Menguburkan mu Yakinlah bahawa: *Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu *Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu *Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu. *Perekonomian akan terus berputar. *Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain *Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris. *Sementara ​Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu hingga perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil. *Yang pertama lepas dari mu, adalah namamu.. *Saat Anda meninggal dunia: Orang2 bertanya : ​​Dimana MAYATnya?​​* *Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu.. Namamu tinggal kenangan belaka *Ketika mereka akan mensholati, mereka bilang : ​​Bawa sini JENAZAHnya!​​ ...