Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Tips Menghafal Alquran

Lain tok guru lain kaedah mereka dalam menghafal alquran. Pernah seorang bilal ambil masa 5 tahun untuk menghafal alquran. Yang penting ada azam untuk melakukannya. Bagaimanapun aku masih belum mencubanya. Aku hanya ingin mengongsikan apa yang tok guruku kongsikan kaedah yang dia lakukan. Alhamdulillah dia kini adalah seorang alhafiz alquran. TIPS: Lakukan terhadap setiap muka surat. Selesaikan mukasurat pertama dengan menggunakan kaedah ini kemudian barulah bergerak ke muka surat kedua. 1. Sahkan bacaan mukasurat tersebut di hadapan seseorang yang mahir alquran. Betulkan tajwid, makhraj dan sifat huruf. 2. Lancarkan bacaan dengan melihat mushaf selama 1 jam supaya terbayang isi kandungannya di ruang mata apabila nak menghafalnya kelak. 3. Mula menghafal ayat demi ayat. Setiap ayat dibaca 40 kali dengan melihat mushaf. 4. Hafal tanpa mushaf ayat pertama 40 kali. Selepas itu gabungkan dengan ayat kedua 40 kali. Kemudian gabungkan dengan ayat ketiga 40 kali begitulah seteru...