Skip to main content

ALQURAN ANDROID 4 IN 1 (Mushaf, bacaan, carian, tafsir)

Ada banyak aplikasi Alquran untk android di Playstore. Namun saya ingin kongsikan satu aplikasi Alquran yang ada kemudahan carian menggunakan huruf jawi.

Sebelum itu jawi hendaklah diinstall ke dalam android anda iaitu:


Install Keyboard Jawi Pada Android Phone

1. Download melayukeyboard_1_0.apk (cari dalam google)
2. Download JawiUKM.apk (cari dalam playstore)

Setelah download dan install, keyboard jawi sudah ada dalam memori.

Sewaktu hendak menaip (sewaktu papan kekunci dipaparkan) pastikan ada ikon
untuk memilih keyboard (biasanya ada ikon keyboard di sebelah kanan skrin, sebelah bawah.
Klik ikon keyboard tersebut dan keluarlah pilihan beberapa keyboard.
Pilihlah keyboard UKM atau keyboard Melayu).

اين اداله ڤاڤن ککونچي ukm.



Download Aplikasi AlQuran dari playstore keluaran Quran.com berupa spt ini:



Setelah Berjaya di install, klik OPEN .

Akan dapat gambar ini:

(DALAM MENGKLIK, KADANG2 APLIKASI MOHON UNTUK DOWNLOAD CONTENT BAGI MENU YG KITA KLIK, SILA JAWAB "YES")







Menu yg berwarna hitam di atas diperolehi dgn mengklik mana mana ruang kosong pada skrin.

Perhatikan ikon kanta pembesar. Itu adalah icon untuk carian ayat. Klik icon tersebut.


Perhatikan ada satu ruangan Search the Quran akan kelihatan. Bila kita klik pada ruangan itu, keyboard akan dipaparkan. Tukar kepada keyboard jawi.



Setelah menukar keyboard kepada jawi, taipkan sebahagian ayat quran yang kita hendak cari. Elakkan ayat yang ada huruf Alif dipangkal kerana jawiUKM tidak ada huruf Alif berHamzah diatasnya. Dalam kes di bawah, taip perkataan على جبل .


Berdasarkan perkataan yang kita tulis itu, terdapat dua ayat yang mengandungi perkataan yang kita cari. Klik pada ayat yang dikehendakki iaitu ayat yang kedua.





Tamat Bahagian Carian.

BAHAGIAN UNTUK MENDENGAR BACAAN.

Dalam gambar di atas, perhatikan menu bawah, dipaparkan panah PLAY serta nama qari iaitu Yasser Dussary.

Untuk menukar qari, klik pada nama qari, akan keluar senarai nama qari. Buatlah pilihan.




Selepas memilih qari, klik LAMA-LAMA pada ayat yang kita nak dengar, akan keluar panah PLAY. Klik panah PLAY tersebut.

Setelah klik panah PLAY, akan dipaparkan pilihan ayat yang hendak didengar:

Klik APPLY AND PLAY. Akan berlaku download sekejap dan selepas itu akan kedengaran suara qari berkenaan.

Tamat bahagian mendengar bacaan.

BAHAGIAN MELOMPAT KE MUKA SURAT YANG DIHENDAKKI

Kalau kita tahu muka surat mana yang nak dibaca, kita terus klik MENU TIGA TITIK (skrin kanan atas). Nanti dipaparkan menu yang ada perkataan JUMP:



Klik GO, mukasurat yang dikehendakki akan dipaparkan.

Tamat Bahagian Mencari Mukasurat.


NOTA:

Perhatikan ikon BUMI sebelah ikon kanta pembesar.
Itu adalah ikon untuk download tafsir yg kita nak.
Pilihlah Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia.

Aplikasi ini boleh diguna secara offline (tiada internetpun ia boleh berfungsi).












































Comments

Popular posts from this blog

Catatan Umrah dan Haji

Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tiada terhingga, mengizinkan aku pergi umrah dan haji secara berasingan. Umrah tahun 2013 dan haji tahun 2015. Kelebihan pergi umrah sebelum haji ada banyak. Antara pengalaman baiknya ialah semasa nak pergi haji tu: 1. Kita  tahu apa barang yang perlu dibawa ke tanah suci (jumlah pakaian, peralatan sokongan seperti perkakas elektrik yg sesuai dgn plug di sana, ubat2an, dokumen2 termasuk kitab2 wirid dan doa, bekas makanan dan minuman, sudu garfu) 2.  Kita tidak merasa risau tentang kedudukan kita di hotel2 di Madinah dan Mekah kerana sudah merasa yakin kita tahu di mana letaknya Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. 3. Kita sudah melihat Arafah, Mina dan Muzdalifah. Bahkan kita telahpun memanjat Jabal Rahmah dan Jabal Nur semasa membuat umrah. 4. Jika pergi dgn pakej swasta, kita faham apa yang mereka tawarkan khususnya tentang jarak hotel dengan Masjidil Haram. Jika dekat, kita boleh solat jemaah setiap waktu. Bagi yang hotelnya j...

Rezeki dan ajal

*KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJALPUN TIBA* (rugi kalau tidak baca sampai selesai) Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur! Kaum muslimin akan melaksanakan kewajipan mereka: *1. Memandikan mu *2. Mengkafani mu *3. Menyolati mu *4. Menguburkan mu Yakinlah bahawa: *Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu *Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu *Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu. *Perekonomian akan terus berputar. *Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain *Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris. *Sementara ​Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu hingga perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil. *Yang pertama lepas dari mu, adalah namamu.. *Saat Anda meninggal dunia: Orang2 bertanya : ​​Dimana MAYATnya?​​* *Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu.. Namamu tinggal kenangan belaka *Ketika mereka akan mensholati, mereka bilang : ​​Bawa sini JENAZAHnya!​​ ...

TAJWID: Mempelajarinya Fardhu Kifayah. Beramal dengannya Fardhu Ain

Kita dituntut mempelajari tajwid kerana membaca alquran dengan tajwid yang betul adalah fardu ain (berat ke arah wajib). Tanpa ilmu tajwid anda tidak akan tahu bila mana nak baca secara jelas (izhar), secara dengung (ghunnah), secara gharib (pelik), secara ikhfak (sembunyi), secara iqlab (ganti), secara nun kecil (nun wiqoyah). Anda juga mungkin tidak tahu tempat2 dalam alquran yang perlu memuncungkan bibir sewaktu membacanya seperti bacaan imalah, tashil dan sebagainya. Definisi tajwid secara Bahasa: Memperelokkan sesuatu. Definisi tajwid secara istilah: Mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya serta diberikan hak (sifat asli yang ada pada huruf) dan mustahak (sifat mendatang pada huruf). Dalil yang menuntut agar al-Quran dibaca secara bertajwid: Firman Allah dalam surah Al-Muzzammil: ayat 4: ورتل القران ترتيلا "Bacalah akan al-Quran secara tartil (tajwid)" Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah: إن الله  يحب أن يقرأ  القرآن  غ...