Skip to main content

ROH BERDIRI ATAS NYAWA,NYAWA BERDIRI ATAS NAFAS

Nafasmu yang seterusnya tidak dijanjikan akan boleh disedut lagi. Jika kau masih mampu menyedutnya, segeralah bersyukur. Allah telah menciptakanmu dengan penuh rasa kecintaan. Diberikannya kamu otak dan diberikan syurga dan neraka untuk dipilih. Pilihan yang amat mudah , tetapi kau telah lupa diri. Kau telah bersyahadah di depan Allah sewaktu di alam ruhmu. Allah memegang syahadahmu itu. Kau dilahirkan Islam tanpa perlu bersyahadah lagi. Tapi dunia yang kau duduki ini telah menipumu.

Kita adalah makhuk yang lahir bogel dan mati bogel. Tidak selayaknya sombong kepada Allah. Ingkar kepada suruhan dan larangan Allah adalah kesombongan yang nyata.

Tidak terbilang nikmat yang diberi. Senang bernafas, senang menggigit, menelan, menghembus. Boleh bergerak dengan mudah tanpa sakit tangan dan kaki. Mata terang melihat sesuatu. Lidah lancar berbicara. Telinga yang jelas mendengar sesuatu.  Kemaluan yang segar dan berfungsi.

Dengan semua nikmat itu kau malas solat? kau malas pakai tudung? malas itu? malas ini? Kau memang sombong walaupun secara zahirnya kau baik, lembut, menawan.   Indah di luar busuk di dalam.

Apabila nafasmu terhenti, hilanglah nyawa. Terpisah roh dengan sarungnya (jasad).
Bermulalah segala apa yang dikatakan Penyesalan atau Kemenangan.

Comments

Popular posts from this blog

ALQURAN ANDROID 4 IN 1 (Mushaf, bacaan, carian, tafsir)

Ada banyak aplikasi Alquran untk android di Playstore. Namun saya ingin kongsikan satu aplikasi Alquran yang ada kemudahan carian menggunakan huruf jawi. Sebelum itu jawi hendaklah diinstall ke dalam android anda iaitu: Install Keyboard Jawi Pada Android Phone 1. Download melayukeyboard_1_0.apk (cari dalam google) 2. Download JawiUKM.apk (cari dalam playstore) Setelah download dan install, keyboard jawi sudah ada dalam memori. Sewaktu hendak menaip (sewaktu papan kekunci dipaparkan) pastikan ada ikon untuk memilih keyboard (biasanya ada ikon keyboard di sebelah kanan skrin, sebelah bawah. Klik ikon keyboard tersebut dan keluarlah pilihan beberapa keyboard. Pilihlah keyboard UKM atau keyboard Melayu). اين اداله ڤاڤن ککونچي ukm. Download Aplikasi AlQuran dari playstore keluaran Quran.com berupa spt ini: Setelah Berjaya di install, klik OPEN . Akan dapat gambar ini: (DALAM MENGKLIK, KADANG2 APLIKASI MOHON UNTUK DOWNLOAD CONTENT BAGI MENU YG KITA KLI...

Catatan Umrah dan Haji

Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tiada terhingga, mengizinkan aku pergi umrah dan haji secara berasingan. Umrah tahun 2013 dan haji tahun 2015. Kelebihan pergi umrah sebelum haji ada banyak. Antara pengalaman baiknya ialah semasa nak pergi haji tu: 1. Kita  tahu apa barang yang perlu dibawa ke tanah suci (jumlah pakaian, peralatan sokongan seperti perkakas elektrik yg sesuai dgn plug di sana, ubat2an, dokumen2 termasuk kitab2 wirid dan doa, bekas makanan dan minuman, sudu garfu) 2.  Kita tidak merasa risau tentang kedudukan kita di hotel2 di Madinah dan Mekah kerana sudah merasa yakin kita tahu di mana letaknya Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. 3. Kita sudah melihat Arafah, Mina dan Muzdalifah. Bahkan kita telahpun memanjat Jabal Rahmah dan Jabal Nur semasa membuat umrah. 4. Jika pergi dgn pakej swasta, kita faham apa yang mereka tawarkan khususnya tentang jarak hotel dengan Masjidil Haram. Jika dekat, kita boleh solat jemaah setiap waktu. Bagi yang hotelnya j...

Rezeki dan ajal

*KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJALPUN TIBA* (rugi kalau tidak baca sampai selesai) Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur! Kaum muslimin akan melaksanakan kewajipan mereka: *1. Memandikan mu *2. Mengkafani mu *3. Menyolati mu *4. Menguburkan mu Yakinlah bahawa: *Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu *Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu *Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu. *Perekonomian akan terus berputar. *Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain *Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris. *Sementara ​Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu hingga perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil. *Yang pertama lepas dari mu, adalah namamu.. *Saat Anda meninggal dunia: Orang2 bertanya : ​​Dimana MAYATnya?​​* *Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu.. Namamu tinggal kenangan belaka *Ketika mereka akan mensholati, mereka bilang : ​​Bawa sini JENAZAHnya!​​ ...